Wednesday, September 9, 2015

Alamak!! Surat Jaminan DECLINE


Alamak!! Dah masuk wad tapi surat JAMINAN (GL LETTER) decline... So tak boleh masuk wad... Perkara ni banyak berlaku kepada client client yang kadang kadang menyembunyikan history penyakit mereka. Adakalanya juga penyakit ni memang betul betul baru berlaku.. Untuk pengetahuan tua puan, DECLINE bukan maksudnya pihak syarikat tidak membayar bil hospital, pihak takaful perlu menyiasat PENYAKIT KRITIKAL ini bila ianya berlaku..samada sebelum mengambil polisi ataupun semasa dalam polisi. Oleh itu pihak client kena bayar dahulu bill hospital sehingga penyiasatan sepenuhnya berjalan dan claim semula jika siasatan di dapati penyakit ni GENUINE berlaku semasa dalam polisi... Prosedur ini memang memang berlaku pada semua pemain industri Insurans / Takaful.. Perkara yang perlu tuan puan tahu adalah :

1. Cooling Of Period (120 hari polisi matang untuk semua jenis penyakit )
2. Contestable Period ( jika berlaku tuntutan melibatkan penyakit kritikal polisi bawah 2 tahun, perlu penyiasatan)

Monday, September 7, 2015

Bilakah Nak Uruskan Harta???

Ramai client yang tertanya bilakah agak sesuai untuk uruskan harta.. Sebenarnya pembahagian dalam Islam dah terang terang dan nyata di dalam surah An Nisa.. Panjang lebar pembahagian harta pusaka. Untuk maklumat tuan puan, di Malaysia in mempunyai undang undang Islam yang perlu kita patuhi. Sebagai contoh jika si mati mempunyai harta RM 2 Juta ke bawah dan mempunyai aset alih dan tak alih, PENGURUSAN perlu di lakukan di Pusaka Kecil sahaja. Jika simati mempunyai harta RM 2 Juta ke atas PENGURUSAN perlu dilakukan di Mahkamah Tinggi dan perlu ada Surat Wasiat yang telah ditandatangani oleh simati sewaktu hidup. Jika tiada, maka PENGURUSAN nya lebih bertambah rumit. Contoh di bawah merupakan dokumen dokumen yang perlu di sediakan oleh ahli waris bagi menuntut Wang Saham Amanah.


Selagi dokumen ini tidak disertakan maka PEMBAHAGIAN tidak dapat dilakukan oleh pihak mahkamah / pusaka kecil. Bukan senang rupanya.. Kepada mereka yang ingin membuat Wasiat Harta untuk diagihkan kepada waris atau badan kebajikan, anda boleh hubungi saya. Insyallah, kami membantu anda menyediakan dokumen dokumen pembhagian harta mengikut kehendak dan hasrat anda. Untuk masa kini saya hanya servisce client di Johor dan Melaka sahaja. Wallhualam.

Helmiluqman
AIA Takaful Life Planner
Unit Trus Planner
Wasiat Planner