Konsep Takaful



Artikel ini akan membantu anda memahami insurans dan takaful. Ia mengandungi maklumat tentang jenis produk insurans dan takaful yang terdapat dalam pasaran serta prinsip-prinsip asas insurans dan takaful.


Apakah itu insurans?

Secara mudahnya insurans ialah memindah risiko/kerugian individu seperti andaatau sebuah organisasi seperti syarikat anda kepada syarikat insurans. Ini bermakna syarikat insurans akan membayar segala kerugian yang di tanggung oleh anda. Termasuklah menanggung anda dan nyawa anda seperti risiko kematian,kesakitanketidakupayaan dan memasuki wad hospital. Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans. Anda atau syarikat anda dikenali sebagaipemegang polisi.

Apakah itu takaful?

Takaful ialah satu skim insurans berlandaskan prinsip Islamiaitu saling menjamin, apabila sekumpulan peserta bersetujuuntuk saling menjamin sesama mereka terhadap kerugian tertentu. Sekiranya anda menyertai skim takaful, anda bersetuju menderma sebahagian daripada caruman ke dalamkumpulan/tabung wang takaful bagi membantu mana-mana peserta kumpulan yang mengalami mana-mana kerugian tertentu. Bergantung pada terma dalam sijil takaful, seseorang peserta juga boleh berkongsi lebihan kumpulan wang takaful sekiranya beliau tidak pernah membuat tuntutan sepanjang tempoh takaful. Sesiapa sahaja boleh menyertai skim takaful tanpa mengira kepercayaan agama seseorang itu


Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful?

Tujuan memiliki insurans/ takaful adalah untuk mengurangkan beban kewangan anda apabila berlakunya kerugian atau kemalangan. Ini bertujuan agar aktiviti harian anda dan keluarga tidak terganggu. Walau bagaimanapun, pelan insurans/ takaful hanya melindungi anda bagi kerugian yang dinyatakan dalam pelan. Oleh itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans/ takaful, anda perlu memastikan pelan tersebut meliputi kerugian yang anda perlu lindungi.


Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Keperluan insurans/ takaful anda bergantung pada keadaanumur dan gaya hidupanda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis insurans/ takaful yangdiwajibkan oleh undang-undang; contohnya jika anda memiliki kenderaan bermotor, undang-undang mewajibkan anda memiliki perlindungan untuk membayar ganti rugi atas liabiliti yang disebabkan oleh anda kepada orang lain.

Apakah jenis produk insurans/ takaful yang ada?

Anda boleh membeli jenis insurans/ takaful yang berbeza untuk melindungi harta bendanyawakesihatan dan persaraan anda. Terdapat pelbagai jenis produk yang boleh memenuhi keperluan anda. Jenis insurans/ takaful yang biasa didapati ialah:

  • Insurans hayat/ takaful keluarga,  selalunya digunakan sebagai satu cara untuk memberikan bantuan kewangan kepada tanggungan anda sekiranya anda meninggal dunia atau tidak mampu bekerja disebabkan penyakit atau ketidakupayaan. Anda juga boleh menabung atau melabur melalui insurans hayat/ takaful keluarga.
  • Insurans/ takaful motor, yang akan memberikan pampasan bagi kerugian tertentu disebabkan kerosakan pada kenderaan anda akibat kemalangan. Ia turut memberikan pampasan untuk kerugian pihak lain yang diakibatkan oleh kenderaan bermotor anda dalam sesuatu kemalangan.
  • Insurans/ takaful empunya/ isi rumah, yang akan membayar pampasan bagi kerugian tertentu apabila rumah atau harta peribadi anda musnah akibat kejadian seperti kebakaran, banjir, paip pecah dan sebagainya. Anda juga boleh dilindungi daripada tuntutan pihak ketiga yang dibuat berikutan kejadian tersebut.
  • Insurans/ takaful perubatan dan kesihatan, yang membayar pampasan bagi pelbagai jenis perbelanjaan hospital dan perubatan yang anda mungkin tanggung sekiranya anda sakit atau mengalami kecederaan. Pampasan ini termasuk bayaran bilik dan makanan di hospital, perkhidmatan profesional serta keperluan dan perkhidmatan perubatan.
  • Insurans/ takaful kemalangan diri, yang akan membayar sejumlah wang sekiranya anda hilang upaya disebabkan kemalangan atau meninggal dunia.


Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada  sesebuah pengendali takaful mematuhi prinsip Syariah?

Jawatankuasa Syariah telah ditubuhkan oleh semua pengendali takaful bagi memastikan operasi takaful mereka sejajar dengan prinsip Syariah. Bank Negara Malaysia juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah yang berfungsi sebagaipusat rujukan bagi hal-hal berkaitan perbankan Islam dan takaful di Malaysia.


Di manakah saya boleh memperoleh pelan insurans/ takaful?

Anda boleh membeli polisi insurans/ menyertai pelan takaful:

  • Secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful;
  • Melalui ejen berdaftar penasihat kewangan atau broker berlesen; dan
  • Melalui institusi perbankan yang mempunyai pengurusan bankasuransdengan syarikat insurans atau pengurusan banktakaful dengan pengendali takaful.

No comments: