Hibah Takaful





Boleh buatkan aku punya polisi takaful cover Death/TPD 1 juta tak?”
Terkejut mendengar permintaan kawan saya, terus saja saya bertanya, “Kau nak buat apa dengan pampasan sebanyak itu?”
Ia umpama kau sepatutnya pakai Myvi tapi sebab ada banyak lebihan duit, saja beli Civic.
Rakan tadi membalas, “Semalam ada agen syarikat xxx jumpa aku kata bayar RM400 sebulan boleh dapat pampasan 1 juta.”
Bila berjumpa agen takaful, jangan serah diri bulat-bulat kepada mereka, “Adakah kau betul-betul perlukan 1 juta kalau kau mati? Kau berhutang pun tak ada aku tengok.”
Jadi bagaimana caranya untuk kira berapa sebenarnya pampasan yang kita perlukan ?
Ada 2 jenis pendekatan bagi mengira life coverage atau pampasan sekiranya berlaku kematian atau lumpuh.

1. Back Up Plan
Atau lebih dikenali sebagai Income Protection / Income Replacement di kalangan agent agent takaful.




2. Needs-based

Pendekatan kedua pula mengambil kira berapakah impak kewangan yang melanda ahli keluarga kita jika kita tiada nanti.
Pendekatan ini memerlukan kita bertanya kepada diri dan pasangan kita:
  1. Sekiranya anda tiada, berapa lama pasangan memerlukan masa untuk mula bekerja mencari nafkah sendiri? (sekiranya isteri merupakan suri rumah)
  2. Kira semula berapakah perbelanjaan bulanan yang anda tampung setiap bulan?
  3. Adakah ada hutang yang perlu dilangsaikan?
  4. Adakah anda mahu menyediakan juga sedikit duit untuk perbelanjaan sekolah anak?
Pendekatan berdasarkan keperluan ini sesuai bagi mereka yang memang mencatat setiap rekod duit belanja bulanan.
Jadi kita nampak berapa sebenarnya impak kewangan kepada famili kita sekiranya kita tiada. Bila dapat nilai yang diperlukan nanti, gunakan saja cara kira seperti Income Replacement tadi. - pakdi.net


Salah satu contoh Claim Terbaik Income Protection