Wednesday, August 19, 2015

Persediaan (Back Up Income)




Assalamualaikum semua....

Hari ini admin berkongsi sedikit mengenai kos kos perubatan di Malaysia yang kini kian mahal saban tahun. Untuk pengetahuan tuan puan, antara faktor penyumbang kepada peningkatan kos perubatan ini adalah :

  1. Inovasi dan penyelidikan di dalam Kejuruteraan Perubatan.
  2. Factor inflasi yang berlaku di Dalam Malaysia.
  3. GST jugs megundang kenaikkan KOs ubat ubatan dan drugs
  4. Nilai Matawang Malaysia yang rendah kerana Malaysia banyak mengimport bahan dan ubatan dinegara Eropah.
Cubalah kita bayangkan kos perubatan untuk 5 ke 10 tahun akan datang? Tinggi ke lagi Tinggi??Kepada mereka yang telah mempunyai kad perubatan Tahiah diucapkan dan kepada mereka yang belum lagi memiliki sebarang kad perubatan, anda disarankan mengambil at least 1 kad perubatan untuk diri sendiri. Saya memang setuju kepada mereka yang mempunyai perlindungan kad perubatan melalui syarikat mereka bekerja cumanya kita akan BERSARA disuatu hari. Di kala bersara nanti kita sudah tiada memiliki kelebihan perubatan dari syarikat. Pada masa ini, permohonan untuk memiliki kad perubatan kemungkinan terlewat ataupun sangat sangat tinggi caruman bulanannya.


 

Kisah masyarakat ini membuatkan Admin rasa sedih dihati dan rasa bersalah jika admin tak memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa bertapa pentingnya perancangan kewangan. Bukan masalah gaji bulan kecik atau besar, untuk memiliki Takaful, tapi perlu ada KESEDARAN yang tinggi untuk membantu diri sendiri malah juga keluarga. Kita yang pasti di Malaysia ini mempunyai Hospital Kerajaan yang masih boleh membantu untuk mendapatkan rawatan, tetapi bukan lah kadar yang SEGERA kerana factor KEPADATAN umat manusia. Termasuk juga beratur mendapatkan rawatan dengan warga asing yang "amat disayangi".. Dengan itu admin perlu bertindak sekarang bagi menyedarkan masyarakat Malaysia bahawa perancangan kewangan yang tersusun membantu untuk menyelamatkan nyawa mereka secepat mungkin..

Helmiluqman
019-6689551
AIA Takaful Life Planner

 
 


Sunday, August 16, 2015

The Power of Action



Salam semua..

Arini kawan ingin menceritakan pasal client yang dulunya takut sangat untuk mengambil pelan perubatan AIA Takaful ni...apabila di"PRESENTASI" akhirnya abam ni ambik pelan keluarga. Ini yang dinamakan POWER OF ACTION...Sememangnya JIMAT dan berbaloi baloi dengan pelan famili AIA ni.. Selang beberapa tahun, abam ni di sah kan menghidap batu karang stage 1/2..hehehe... mmg AIA Takaful bayar keseluruhannya kos.. Baru baru ni, anak abam client plak masuk ward suspect denggi fever.. So kawan refer suruh pergi di Hospital Mahkota Melaka..Yang terbaiknya kes ni berlaku pada malam HARI RAYA AIDIL FITRI 2015 ni..kik kik kik...Berayalah mereka sekeluarga di Hospital.. By the way yang pasti selamatkan anak dulu..Insyallah nak berya boleh sampai sebulan..Erkk..

Helmiluqman
019 - 6689551
AIA Takaful Life Planner

KANSER SUM SUM TULANG

Multiple myeloma kerap menyerang pesakit berumur 60 tahun ke atas akan menyebabkan tulang cepat rapuh, patah



SELEPAS leukemia, barah sel plasma sum-sum tulang atau multiple myeloma (MM) adalah kes barah darah yang kerap berlaku. Secara umum pada peringkat global, dianggarkan antara lima hingga enam kes baru MM dikesan di kalangan 100,000 orang setahun.
Menurut statistik Yayasan Kebangsaan Amerika, di negara itu saja sebanyak 15,980 kes baru dicatatkan pada 2005. Ketika ini ada seramai 50,000 pesakit MM di Amerika.
Pakar Perubatan Am dan Respiratori, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Fazilah Ahmad, berkata MM terjadi apabila pembentukan sel plasma dalam sum-sum tulang hilang kawalan walaupun tanpa rangsangan seperti jangkitan kuman.
Dr Fazilah berkata, keadaan ini menyebabkan sel plasma terlalu banyak dan merebak ke seluruh tulang. Ia menyebabkan pembentukan sel darah merah, sel darah putih dan platelet berkurangan dalam sum-sum tulang.
“Kekurangan sel darah merah menyebabkan anemia, mudah letih dan sukar pernafasan. Jumlah platelet yang sedikit menyebabkan pesakit mudah mengalami masalah pendarahan dan kekurangan sel darah putih sehingga sistem imun tubuh berkurangan,” katanya.
Beliau berkata, MM akan menyebabkan tulang cepat rapuh dan pesakit cenderung mengalami patah tulang.
“Sebab sebenar MM tidak diketahui. Bagaimanapun, ada beberapa faktor risiko yang dikaitkan dengan MM termasuk usia dan keturunan,” katanya.

Faktor MM
Walaupun sebab sebenar MM tidak diketahui, secara umumnya MM bermula dengan sel plasma abnormal yang membiak (multiply). Ini kerana ia tidak matang dan mati seperti kebanyakan sel normal, ia berkumpul dan mempengaruhi penghasilan sel sihat.
Secara perbandingan, sum-sum tulang yang sihat mengandungi jumlah sel plasma kurang daripada lima peratus tetapi bagi mereka yang menghidap MM, jumlahnya melebihi lebih 10 peratus.
Walaupun konsep ini difahami dan sedang cuba diselidik menerusi kajian DNA, hingga kini sebab sebenar tidak diketahui. Bagaimanapun, ada beberapa faktor risiko yang dikaitkan dengan MM.
Risiko berkenaan ialah:

  • Usia – semakin meningkat usia seseorang, semakin tinggi risikonya terhadap MM. Kebanyakan pesakit MM berusia lebih daripada 65 tahun. Jarang sekali pesakit berumur 40 tahun ke bawah diserang MM manakala lelaki didapati lebih ramai menghidap penyakit itu berbanding wanita.
  • Keturunan – Di Amerika, mereka yang berketurunan Afrika lebih cenderung menghidap MM berbanding mereka yang berketurunan Asia, tetapi sebabnya tidak diketahui.
  • Pendedahan kepada bahan kimia tertentu selain kadar radiasi yang tinggi juga dikaitkan dengan faktor risiko MM.
  • Obesiti – Kajian yang dilakukan Persatuan Barah Amerika menunjukkan kegemukan juga meningkatkan risiko MM.

  • Mengenali Simptom MM
    Walaupun MM mungkin tidak menyebabkan simptom pada peringkat awal masalahnya, perkembangan MM akhirnya akan menyebabkan beberapa simptom lain muncul. Simptomnya pelbagai dan berbeza-beza mengikut individu.
    Antara simptom MM adalah seperti berikut;
  • Sakit tulang terutama pada bahagian belakang dan tulang rusuk
  • Kalsium tinggi dalam darah
  • Dahaga yang keterlaluan dan kerap membuang air kecil
  • Sembelit
  • Hilang selera makan
  • Kecelaruan mental
  • Anemia
  • Jangkitan berulang seperti radang paru-paru, pundi kencing, buah pinggang atau sinusitis.
    Bagaimana MM boleh menjejaskan kesihatan?
  • Kekurangan pembentukan sel darah merah
    Akibat – keletihan, masalah kesesakan nafas dan sekiranya menjadi teruk boleh membawa kepada kegagalan jantung.
  • Kekurangan pembentukan sel darah putih
    Akibat – pertahanan badan atau sistem imun akan terjejas. Ia menyebabkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman.
  • Kekurangan pembentukan sel platelet
    Akibat – mudah mengalami pendarahan dan lebam-lebam pada badan. Pendarahan yang serius boleh berlaku sekiranya jumlah platelet menjadi terlalu rendah.
  • Rangsangan pada sel yang merapuhkan tulang (sel osteoclast)pada tulang menyebabkan proses penyerapan tulang berlaku – tulang mudah patah kerana rapuh.
  • Peningkatan garam kalsium dalam darah – Garam kalsium yang tinggi dalam darah akan membawa gejala kegagalan buah pinggang dan pengumpulan garam kalsium yang berlebihan pada organ.
    Diagnosis MM
    Berdasarkan simptom dan tanda penyakit, pemeriksaan lanjut diperlukan. Ia bagi menentukan tahap keseriusan dan penyebaran penyakit. Selain itu, ia bagi menentukan komplikasi penyakit dan memantau keberkesanan rawatan.
    Selain itu, perlunya ujian darah antaranya;
    a) Ujian darah penuh (full blood count) untuk mengukur kadar sel darah merah, sel darah putih dan platelet.
    b) Ujian protein dan air kencing bagi mengukur kadar immunuglobulins (protein dalam darah yang bertindak melindung daripada jangkitan) tidak normal yang dikeluarkan sel myeloma.
    c) Pemeriksaan sum-sum tulang. Untuk memastikan diagnosis tepat untuk menentukan jumlah sel myeloma yang ada dan menentukan kesan terhadap sel darah merah, putih dan platelet.
    d) Pemeriksaan imbasan tulang untuk menentukan kesannya pada tulang.
    Rawatan
    Kaedah rawatan bergantung kepada keseriusan penyakit. Setiap pesakit perlu mendapat nasihat dan pemeriksaan lanjut daripada pakar sebelum rawatan diberi. Beberapa faktor perlu diambil kira seperti rawatan kemoterapi, rawatan pemindahan sel stem dan rawatan radioterapi. 
  • - sumber hafiza@nstp.com.my
    - Anda boleh rujuk di https://drzubaidi.wordpress.com/2010/06/18/multiple-myeloma-kanser-darah-yang-jarang-berlaku/

    Helmiluqman
    019 - 668 9551