Sunday, May 3, 2015

Kos Deposit Kemasukkan Terkini Untuk Perubatan


Alhamdulillah Allah permudahkan client saya dimana anak beliau dimasukkan hospital akibat jangkitan paru-paru. Segalanya sudah selesai dan bill ditanggung sepenunhnya oleh medikal AIA Takaful. Agak mengejutkan beliau dan saya (helmiluqman) bill selama 3 hari di Hospital Pantai Ayer Keroh mencecah RM 10K..gulppp.. Saya pun turut memikirkan bahawa kos sekarang sudah meningkat dengan ditambahkan pula kos GST.. Bagaimana pula kos 5 ke 10 tahun akan datang??..Sebelum ini deposit kemasukkan hospital RM 350 tetapi sejak MAC 2015 deposit kemasukkan dah dinaikkan sebanyak RM 500. Saya juga pergi berjumpa dengan pihak pentadbiran hospital mengenai deposit ini dan mereka memang MENGESAHKAN deposit yang lama sudah terbatal, maka pesakit perlu meletakkan RM 500 kepada pesakit yang mempunyai Kad Perubatan. Bayangkan kepada pesakit yang TIADA KAD PERUBATAN berapakah deposit yang perlu mereka sediakan?? Dengan itu juga saya mencadangkan kepada pihak Hospital Pantai Ayer Keroh agar meletakkan Jadual Bayaran Deposit di kaunter agar memudahkan pesakit dan client kami bagi memudahkan mereka menyediakan deposit kemasukan Hospital..

Helmiluqman